MPU23172 Nilai Masyarakat Malaysia

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA disediakan untuk membincangkan aspek sejarah pembentukan masyarakat, nilai-nilai agama, adat resam dan budaya masyarakat di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang tanggungjawab sebagai individu dan nilai perpaduan dalam kehidupan di samping cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan penyayang.